Wednesday, May 2, 2012



Gajus
Nama Saintifik:
anacardium occidentale
Nama Lain:
Jagus , gajus, jambu golok, ketereh
Famili:
Leguminasae
Lokasi dijumpai:
Tepi sawah tumpat kelantan
Asal:
Tumbuhan tempatan
keterangan:
Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.
kegunaan:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


  • Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
  • Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
  • Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
  • Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
  • Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
  • India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
  • Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
  • Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
  • Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
  • Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
  • Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
  • Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
  • Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
  • Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
  • Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
  • Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
  • Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.
  • No comments:

    Post a Comment