Wednesday, June 20, 2012



Sesetengah orang, dia tak berani mencuba sesuatu yang diluar tahap ‘normal’ kehidupannya. Bagi mereka, benda-benda yang bukan dari kebiasaan itu kerja gila, rosakkan badan, menakutkan dan sebagainya. Aku pula, selagi benda itu nampak menarik dan patut di cuba, aku akan mencuba terlebih dulu.
Opss, jangan salah faham. Aku sembang pasal extreme sports okay. Takda punya pasal willie-wilie mahupun wekang-wekang nie, celah kankang lah kalau aku buat semua tue. Buang masa tahu!.
Paintball
Paintball is a sport in which players compete, in teams or individually, to eliminate opponents by hitting them with capsules containing food coloring and gelatin (referred to as paintballs) propelled from a device called a paintball marker. Paintballs have a non-toxic, biodegradable, water soluble mineral-oil. The game is regularly played at a sporting level with organized competition involving worldwide leagues, tournaments, professional teams, and players. Paintball technology is also used by military forces, law enforcement, para-military and security organizations to supplement military training, riot response, and non-lethal suppression of dangerous suspects. 
Paintball adalah sejenis sukan main tembak-tembak antara dua kumpulan dengan menggunakan peralatan khas. Kiranya, ada pistol/senapang (paintball marker) dan peluru khas (paintball) untuk anda bermain. Permainannya mudah, tembak lawan dan compeletekan objektif yang disediakan.

Wednesday, May 2, 2012



Gajus
Nama Saintifik:
anacardium occidentale
Nama Lain:
Jagus , gajus, jambu golok, ketereh
Famili:
Leguminasae
Lokasi dijumpai:
Tepi sawah tumpat kelantan
Asal:
Tumbuhan tempatan
keterangan:
Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.
kegunaan:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


  • Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
  • Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
  • Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
  • Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
  • Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
  • India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
  • Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
  • Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
  • Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
  • Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
  • Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
  • Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
  • Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
  • Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
  • Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
  • Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
  • Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.
  • Wednesday, April 18, 2012

    kisah pengorbanan ibu

    Cerita ni aku dapat dari sebuah forum.
    Ketika baca cerita nie, aku terfikir kan mak aku dan aku rasa sedih sangat.
    Cuba korang hayati citer nie..:
    Jadi aku harap korang yg bace nie akn hargai pngorbanan seorang

    ketika ibu Aiman berkunjung, ibu mengajaknya  untuk shopping bersama kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. dia sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain,dan Aiman bukanlah
     orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

    Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu Aiman mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, Aiman mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
    kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
    lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

    Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
    sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
    pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

    Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
    banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...