Gajus
|
|
Nama Saintifik:
|
anacardium occidentale
|
Nama Lain:
|
Jagus , gajus, jambu golok, ketereh
|
Famili:
|
Leguminasae
|
Lokasi dijumpai:
|
Tepi sawah tumpat kelantan
|
Asal:
|
Tumbuhan tempatan
|
keterangan:
|
|
Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk
teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15
meter.batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena.
Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk
bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7
cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear
dengan bijinya berada diluar.bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya
berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila
masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya
berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunya buah yang berwarna
merah jambu.
|
|
kegunaan:
|
|
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap
dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah.
Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang
menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.
Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma. dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis. Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter. |
Wednesday, May 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)